Pilih satu Halaman

Dikalangan berita negatif yang mengelilingi Timur Tengah, saya rasa beruntung kerana dapat melihat
benih kemajuan sosial yang disemai di Arab Saudi.

Saya adalah seorang pendorong inovasi sosial. Saya telah melihat banyak negara bereksperimen
dengan rumusan sosial daripada model dan kaedah yang berbeza; bersesuaian dengan negara
mereka. Jadi, saya terkejut bila menyaksikan Arab Saudi muncul sebagai pemimpin dalam
pembangunan sosial untuk rakyatnya.

Akhir tahun lalu saya terlibat dengan beberapa inisiatif untuk pembangunan sosial di dalam Kerajaan
Arab Saudi. Mereka telah memulakan program transformasi yang serius yang dipacu oleh
kemantapan ekonomi, tetapi merangkumi pembangunan masyarakat juga. Magnitud matlamat
mereka sangat luar biasa — tetapi metodologi mereka untuk mencapainya adalah benar-benar
sesuatu yang harus dikagumi. Mereka melangsungkan cita-cita ini dengan cara yang strategik dan
koheren. Mereka tidak bersikap angkuh dengan hasil inisiatif ini, dan buat masa ini komukasi
mengenai perkembangan sosial yang mereka membentuk belum lagi diterbitkan atau menjadi topik
perbualan di antara warganegara dan kaki tangan kerajaan.

Jadi saya agak ragu-ragu untuk bercakap tentang mereka, terutamanya kerana inisiatif ini masih
sedang dilaksanakan. Walau bagaimanapun, saya yakin aktiviti yang progresif seperti ini perlu
dikongsi.

Salah satu urusan yang difokuskan adalah peranan penting yang dipegang oleh pertubuhan tidak
berasaskan keuntungan (‘not-for-profit’) atau institusi amal sebagai fasilitator untuk pembangunan
sosial. Saya sokong strategi ini.

Dari segi perkembangan sosial, Arab Saudi mempunyai beberapa faktor yang unik yang boleh
memanfaatkan negaranya. Pertama, ajaran amal agama adalah pendorong yang kuat. Kedua, Islam
mempunyai model sumbangsih yang unik (Waqaf), dan system pembiayaan yang dapat
menghasilkan kebajikan kekal. Arab Saudi kini menyedari bahawa kedua-dua pembolehubah ini
kritikal untuk transformasi sosial – ramuan yang telah diabaikan sebelum ini.

Lebih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ekosistem sosial. Walau bagaimanapun,
bagi saya, Arab Saudi sekarang berada di permulaan yang tepat untuk pembangunan sosial. Di mana
pada masa lalu negara ini lebih bergantung terhadap industri minyak, membawa kesedaran yang
tidak memuaskan, kini paradigma baru telah menjelma untuk pembangunan berdasarkan kekuatan
jati rakyatnya.

Semoga Berjaya!

Blog Berkaitan

Mengemukakan Kes Untuk Impak Terlebih Dahulu

Mengemukakan Kes Untuk Impak Terlebih Dahulu

Beberapa bulan yang lalu, saya terima panggilan telefon daripada seorang pakar perunding. Diaminta saya berkongsi pengalaman saya mengenai inovasi sosial di Malaysia. Empat hari kemudian,saya sudah menaiki pesawat ke Timur Tengah untuk menunaikan ceramah kepada...

baca lagi