Beberapa bulan yang lalu, saya terima panggilan telefon daripada seorang pakar perunding. Dia
minta saya berkongsi pengalaman saya mengenai inovasi sosial di Malaysia. Empat hari kemudian,
saya sudah menaiki pesawat ke Timur Tengah untuk menunaikan ceramah kepada kira-kira 150
individu penting dari sektor korporat dan kerajaan mengenai pelaburan sosial.
Slaid saya semua sudah tersedia sebelum memulakan perjalanan, tetapi satu hari sebelum ucapan
ceramah saya, saya menjadi resah: adakah teks saya cukup cekap? Untuk menjelaskan keadaan, ini
adalah orang-orang kewangan korporat yang telah dijemput oleh kerajaan mereka untuk memahami
pelaburan sosial betul-betul, secara serius! Patutkah saya menumpukan topik ceramah dari segi
investasi (pelaburan) atau impak? Malam itu, saya bersungguh-sungguh mengolah semula slaid-slaid
saya dengan sebaik mungkin berdasarkan kepada apa yang saya fikir para hadirin ingin mengetahui
dan menyelidik.
Dengan itu, saya mengubah suai topik ceramah. Prinsipnya begini – saya mengemukakan kes
berasaskan impak (kesanan.) Kemudian, jika pelabur memahami impak, mereka akan menghargai
pulangan kewangan dan sosial yang mereka akan terima. Anggapan saya adalah mereka akan faham
posisi ini.
Dalam slaid-slaid terakhir, saya mencadangkan kepada pembiaya dan pelabur yang hadir, bahawa
terdapat tiga cara untuk melabur untuk impak.
Satu, mereka boleh melabur dalam projek impak di mana kerajaan menyediakan sokongan. Ini amat
relevan dari segi isu sosial yang kompleks yang sukar dinilai dari segi kewangan (contohnya, masalah
kesihatan mental, isu penggunaan dadah, dan sebagainya.)
Dua, mereka boleh melabur dalam projek yang menyediakan pulangan kewangan dan sosial. Ini
berfungsi untuk projek-projek yang mempunyai produk dan perkhidmatan yang boleh ditampung
yang mampan ke masa hadapan (contohnya, program pendidikan, projek tenaga, pembangunan
rumah atau air dan kebersihan awam, dll.)
Tiga, mereka sendiri boleh memperuntukkan projek-projek yang selari dengan nilai, mutu dan
kecenderungan korporat mereka. Secara alternatif, mereka boleh mengumpulkan sumber atau
bantuan dengan pembiaya-pembiaya dan pelabur-pelabur lain untuk projek-projek sebegini
(contohnya, mewujudkan pekerjaan atau peluang ekonomi yang melayani pelanggan yang berkaitan,
dll.)
Pelaburan sosial adalah input yang menyuakan intervensi dalam output, yang membawa kepada
hasil dan impak. Ringkasannya, kita perlu mempertemukan output, hasil dan impak dengan nilai-nilai
penting untuk orang yang memberikan input, yang merupakan sumber yang disediakan oleh
pembiaya, pelabur dan pesuruhjaya.
Saya harap cara saya saya membentangkan pelaburan sosial masuk akal kepada mereka. Saya tidak
hanya ingin memberitahu mereka bagaimana pelaburan sosial berfungsi, tetapi mengapa dan
bagaimana ia boleh berfungsi untuk mereka, dan masyarakat umum. Sekiranya anda
membentangkan topik yang sama, anda harus mendekati ceramah anda seperti ini dan membantu
mereka membentukkan pemikiran mereka sendiri berdasarkan idea yang anda sampaikan.
Blog Berkaitan
Jangan Lupa Kesan Amal Jariah Tradisional
Banyak negara terpikat dengan idealogi dan konsep keusahawanan sosial. Pengusaha sosial (‘socialentrepreneur’) adalah wira baru dan inovasi dan keusahawanan dilihat sebagai sejenis perawis baruuntuk menghadapi isu sosial. Banyak kerajaan-kerajaan telah melancarkan...
Ekonomi, Masyarakat Atau Alam Sekitar – Yang Mana Pemacu?
Ramai orang tidak terfikir tentang kesan sosial dan alam sekitar terhadap kemanusiaan. Walaupunkita semua sangat sedar tentang ketidakadilan sosial dan perubahan iklim justeru mengambiltindakan sepatutnya, malangnya, semua ini tidak memadai. Fikiran kita masih...