Banyak negara terpikat dengan idealogi dan konsep keusahawanan sosial. Pengusaha sosial (‘social
entrepreneur’) adalah wira baru dan inovasi dan keusahawanan dilihat sebagai sejenis perawis baru
untuk menghadapi isu sosial. Banyak kerajaan-kerajaan telah melancarkan program-program baru
dan menyalurkan sumbangan di kalangan belia untuk mencuba nasib dengan keusahawanan sosial.
Tetapi keberhasilan kebanyakan usahawan sosial dalam melangsaikan isu social hanyalah sekelumit,
malahan impak paling ketara adalah pembangunan peribadi usahawan sosial itu. Terdapat beberapa
pulangan yang cemerlang, tetapi terdapat juga banyak kegagalan.
Di pendapat saya, model keusahawanan sosial sesuai untuk isu sosial dan alam sekitar yang boleh
diatasi dengan mudah. Program-program keusahawanan sosial effektif dari segi mewujudkan
peluang bagi masyarakat terpinggir. Untuk intervensi masalah sosial yang agak kompleks, model
keusahawanan sosial akan tercabar, dan bukan lagi berkesan.
Lebih-lebih lagi, sering kali pertubuhan amal yang telah menyampaikan kebajikan sosial disisih atau
disuruh untuk menjadi perusahaan untuk keuntungan (‘for-profit’.) Ini disebabkan persepsi
kelestarian kini sudah menjadi ‘trend’ baru; seolah-olah model kebajikan atau amal sudah luput.
Walau macam mana pun, amal jariah tetap memainkan peranan yang mustahak dalam masyarakat
yang mahu berkembang maju. Kerana untuk keuzuran sosial yang kompleks, model perusahaan
sukar untuk dimampankan.
Blog Berkaitan
Mengemukakan Kes Untuk Impak Terlebih Dahulu
Beberapa bulan yang lalu, saya terima panggilan telefon daripada seorang pakar perunding. Diaminta saya berkongsi pengalaman saya mengenai inovasi sosial di Malaysia. Empat hari kemudian,saya sudah menaiki pesawat ke Timur Tengah untuk menunaikan ceramah kepada...
Ekonomi, Masyarakat Atau Alam Sekitar – Yang Mana Pemacu?
Ramai orang tidak terfikir tentang kesan sosial dan alam sekitar terhadap kemanusiaan. Walaupunkita semua sangat sedar tentang ketidakadilan sosial dan perubahan iklim justeru mengambiltindakan sepatutnya, malangnya, semua ini tidak memadai. Fikiran kita masih...