Pilih satu Halaman

Ramai orang tidak terfikir tentang kesan sosial dan alam sekitar terhadap kemanusiaan. Walaupun
kita semua sangat sedar tentang ketidakadilan sosial dan perubahan iklim justeru mengambil
tindakan sepatutnya, malangnya, semua ini tidak memadai. Fikiran kita masih cenderung ke arah
kepercayaan bahawa pembangunan ekonomi akan menyelesaikan masalah sosial dan alam sekitar.
Oleh kerana mentaliti ini, matlamat ekonomi sentiasa akan lebih diunggulkan, lebih dari matlamat
sosial dan perlindungan alam sekitar.

Ramai orang manganggap ekonomi sebagai kapal tunda yang menambatkan kesejahteraan sosial
dan integriti alam persekitaran. Atau mari kita cuba metafora lain … ekonomi adalah pemimpin
utama yang mendaki gunung dahulu dan masyarakat dan alam sekitar pula elemen yang diikatkan
sambal ia maju ke atas. Adakah anda setuju?
Tidak, ini buka pendapat saya.

Saya percaya bahawa ekonomi sebenarnya bergantung kepada masyarakat dan alam sekitar yang
baik. Ekonomi bukan pemacu. Saya yakin bahawa kemajuan sosial dan integriti alam sekitar adalah
mimbar untuk pembangunan ekonomi, bukan sebaliknya. Kepada saya, masyarakat yang progresif
dan stabil yang tidak mendatangkan mudarat kepada dunia semulajadi adalah landasan untuk
kemakmuran ekonomi.

Ambil Finland atau Sweden sebagai contoh — mereka mempunyai kesejahteraan ekonomi yang lahir
dari ketenangan sosial dan alam sekitar.

Kebanyakan negara sedang bergelut dengan pertikaian ini. Kebanyakan kerajaan negara mengejar
pertumbuhan ekonomi dan menggunakan pendapatan hasil ekonomi untuk memenuhi keperluan
sosial dan alam sekitar. Pemimpin negara-negara tersebut menjeling negara-negara yang
memenangi pertempuran ekonomi, seakan-akan ia kisah kejayaan. Masalah sudut pandangan ini
adalah masa kita semakin suntuk: kemerosotan iklim adalah bom masa yang berdetik setiap saat dan
ketidakadilan sosial akan menjejaskan kestabilan masyarakat dalam dekad-dekad akan datang!

Kebanyakan ‘business case’ melampirkan model kewangan dan ekonomi untuk menyelesaikan
masalah sosial atau alam sekitar. Pendapat ini bagus, tetapi terhad dalam keberkesanannya kerana
ia bersaing dengan kes perniagaan lain. Walaupun sesetengah isu sosial dan perlindungan alam
sekitar boleh diberikan nilai kewangan, banyak lagi isu-isu kaitan lain yang lebih rumit dan sukar
untuk difahami dengan konsep begini, justeru, mudah diabaikan. Jangan salah faham — saya
penyokong investasi (pelaburan) impak sosial. Tetapi kebanyakan orang melihat impak sebagai
berkhidmat kepada pelaburan. Jadi, cara kita menghargai hubungan antara sasaran ekonomi, sosial
dan alam sekitar akan menentukan bagaimana kita menilai niat dan tujuan kita.

Sudah tiba masanya untuk kita membalikkan pemikiran kita mengenai hubungan antara tiga dimensi
ini: ekonomi, masyarakat dan alam sekitar.

Adakah anda fikir bahawa perkembangan ekonomi menyediakan sumber untuk elemen dua yang
lain? Atau adakah kesejahteraan sosial dan kestabilan alam sekitar memberi laluan untuk
kemakmuran ekonomi?

Cara kita melihat hubungan itu akan menentukan sejauh mana kita menyelesaikan masalah dunia
dan kemanusiaan.

Blog Berkaitan

Jangan Lupa Kesan Amal Jariah Tradisional

Jangan Lupa Kesan Amal Jariah Tradisional

Banyak negara terpikat dengan idealogi dan konsep keusahawanan sosial. Pengusaha sosial (‘socialentrepreneur’) adalah wira baru dan inovasi dan keusahawanan dilihat sebagai sejenis perawis baruuntuk menghadapi isu sosial. Banyak kerajaan-kerajaan telah melancarkan...

baca lagi
Mengemukakan Kes Untuk Impak Terlebih Dahulu

Mengemukakan Kes Untuk Impak Terlebih Dahulu

Beberapa bulan yang lalu, saya terima panggilan telefon daripada seorang pakar perunding. Diaminta saya berkongsi pengalaman saya mengenai inovasi sosial di Malaysia. Empat hari kemudian,saya sudah menaiki pesawat ke Timur Tengah untuk menunaikan ceramah kepada...

baca lagi